Rabu, 18 Februari 2009

Malam Puisi Warisan Tun Abdul Razak


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati.

Pada 13 Februari lalu, telah diadakan Malam Puisi Warisan Tun Abdul Razak di Anjung Beringin, Aswara. Aktiviti itu memang sihat untuk para penyair dan golongan pencinta puisi malangnya, sambutan tidak begitu menggalakkan. Hal ini dapat dilihat sendiri wujud dalam kalangan pentadbiran itu sendiri. Selalunya, aktiviti-aktiviti yang membabitkan Fakulti Penulisan sering kelihatan hambar. Tidak seperti aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Fakulti Teater atau Fakulti Muzik. Malah, golongan pentadbir atasan juga boleh dibilang dengan jari kehadiran mereka.

Majlis itu bukan majlis kecil-kecilan, cendekiawan-cendekiawan besar turut hadir sama seperti Prof. Muhammad Haji Salleh, Dato' Anwar Ridhwan, En Zakaria Ariffin, Roslan Madun, Samsuddin Othman dan beberapa karyawan ternama lain seperti Nisah Haron. Namun, bagi kami yang terlibat mendeklamasikan puisi pada malam tersebut; banyak pengajaran dan pengalaman yang kami timba. Bukan setakat dapat mengenali siapa itu Tun Abdul Razak yang memperkenalkan DEB, Buku Hijau dan Majlis Gerakan Negara malah dapat mencabar diri sendiri untuk tampil di depan khalayak dan mendeklamasikan puisi.

Terima kasih tidak terhingga kepada En. Zakaria Ariffin yang kami gelar Papa Z kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk tampil pada malam itu bagi mendeklamasikan puisi yang bertajuk Impian Sang Garuda Pembangunan karya Ariff Mohammad.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar