Minggu, 14 Agustus 2011

10 Negara Kereta Api Paling Pantas di Dunia

Senarai top 10 negara yang mempunyai kereta api paling pantas di dunia.

10. Russia

Kereta Api: Siemens Velaro RUS
Kelajuan: 175 mph
Kapasiti: 600 penumpang
Kereta api paling pantas di Rusia ini ada di laluan Moscow – St. Petersburg dan mula diperkenalkan pada Disember 2009. Jentera buatan Jerman ini boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 155 batu sejam tetapi telah berjaya mencecah kelajuan sehingga 175 batu sejam dalam satu ujian pada tahun 2009.

9. Taiwan

Kereta Api: THSR 700T
Kelajuan: 186 mph
Kapasiti: 989 penumpang
Projek kereta api kelajuan tinggi di Taiwan menelan belanja sebanyak $1.8 billion dan merupakan projek kereta api dengan biayaan persendirian terbesar di dunia. Ia telah berjaya menyingkatkan perjalanan dari northern capital of Taipei ke southern city of Kaohsiung yang sebelum ini memakan masa 4.5 jam menjadi hanya 90 minit.

8. Korea Selatan

Kereta Api: KTX-I
Kelajuan: 190 mph
Kapasiti: 965 penumpang
Kereta api berkelajuan tinggi di Korea Selatan diberi nama Korea Train eXpress (KTX) membawa lebih 100,000  orang penumpang setiap hari ke sesuah destinasi. Ia telah diperkenalkan pada tahun 2004 dan berjaya memendekkan masa perjalanan Capital Seoul ke Bandar Perlabuhan Busan menjadi 2jam 45minit, separuh daripada masa yang diperlukan sebelum ini.

7. United Kingdom

Kereta Api: Eurostar 3313/14
Kelajuan: 208 mph
Kapasiti: 750 penumpang
Mula beroperasi pada 1994 dan menghubungkan England dengan bandar-bandar di France dan Belgium melalui terowong laluan bawah tanah yang dikelani sebagai “Chunnel”. Dengan lebih 27 keretapiia menghubungkan lebih 100 destinasi seluruh Eropah dan telah menjangkau penumpang ke 100 juta pada 2009. Ia telah mencatatkan record kereta api terlaju di British dengan kelajuan 208 batu sejam pada tahun 2003, memadamkan rekod awal pada tahun 1979.

6. Itali

Kereta Api: ETR 500 Frecciarossa
Kelajuan: 225 mph
Kapasiti: 590 penumpang
ETR 500 ini adalah kereta api paling pantas di Itali dan telah mencatatkan rekod kelajuan 225 batu sejam pada tahun 2009 dalam perjalanan dari Florence ke Bologna. Walaupun demikian, tidak ramai yang gembira dengan kemampuan kereta api ini. Terdapat yang membangkang dengan menyatakan kereta api ini akan merosakkan persekitarannya dan pembinaan landasan itu boleh membebaskan bahan kimia yang merbahaya.

5. Sepanyol


Kereta Api: AVE Class 103
Kelajuan: 251 mph
Kapasiti: 404 penumpang
Sepanyol mempunyai rankaian kereta api paling panjang di Eropah dengan jarak landasan 3,433 batu. AVE Class 103 dibina oleh Siemens dan telah mencatatkan rekod kelajuan 251 batu sejam pada tahun 2007. Ia berjaya mengurangkan masa perjalanan dari Madrid ke Lisbon, Portugal dari 9 jam kepada 2 jam 45 minit. Sepanyol telah mengehadkan hadlaju maksimum untuk kereta api komersial menjadi 186 mph untuk tujuan keselamatan.

4. Jerman

Kereta Api: Transrapid TR-07
Kelajuan: 270.3 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian
jerman adalah antara pelopor teknologi kereta api kelajuan tinggi di dunia. Ia merupakan tanah kelahiran syarikat Siemens, pembuat kereta api kelajuan tinggi terbesar di dunia. Walaupun teknologi kereta api magnetik dibangunkan di Jerman ia tidak pernah dikomersialkan. Teknologi tersebut mempunyai banyak kelemahan termasuklah kos yang tinggi dan kemalangan yang mengorbankan 25 nyawa semasa ujian pada tahun 2006.

3. China

Kereta Api: CRH380AL
Kelajuan: 302 mph
Kapasiti: 600 penumpang
China mempunyai jaringan kereta api kelajuan tinggi paling panjang di dunia dengan jarak melebihi 6,000 batu. Jaringan kereta api kelajuan tinggi di China baru bermula pada tahun 2007 dan telah mendapat sejumlah 40.6 juta penumpang pada 2 tahun pertama. Pihak kerajaan berharap agar dapat memperluaskan lagi jaringan kereta apiberkelajuan tinggi sehingga 28, 000 batu menjelang penghujung tahun 2015.

2. France


Kereta Api: TGV V150
Kelajuan: 357 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian
TGV V150 telah mencatatkan rekod kelajuan 357 mph pada tahun 2007 dan telah menjadi kereta api ke dua terlaju di dunia. Teknologi TGV telah digunakan dalam kereta api di kebanyakkan negara di Eropah termasuklah UK, Belgium, Belanda dan Jerman.

1. Jepun


Kereta Api: JR-Maglev MLX01
Kelajuan: 361 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian
Jepun merupakan peneraju dalam teknologi kereta api kelajuan tinggi, dan telah membuka landasan kereta api kelajuan tinggi pertama di dunia pada tahun 1964. Jepun memulakan perkhidmatan kereta api kelajuan tinggi dengan memperkenalkan Tokaido Shinkansen “bullet train” yang mempu mencapai kelajuan sehingga 160mph dan telah menjadi jaringan kereta api paling sibuk di dunia, 378 000 penumpang setiap hari.
Kereta Api Maglev telah mula dibangunkan pada tahun 1970an. Pihak kerajaan telah meluluskan plan yang menelan belanja sebanyak $112 billion yang menghubungkan Tokyo, Nagoya dan Osaka yang dijangka siap pada tahun 2027. JR-Maglev MLX01 yang masih lagi dalam ujian telah memecahkan rekod dan menjadi kereta api paling pantas di dunia pada tahun 2003.

Sumber : cisdel

10 Bahasa yang Jarang Diketahui di Dunia ini


1. Taushiro

Taushiro,suatu bahasa asli dari Negara Peru,tepatnya di daerah Sungai Tigre,Sungai Aucayacu,yang mana adalah suatu anak sungai Sungai Ahuaruna.Bahasa ini dikenali sebagai satu bhs yg mengelirukan,yang mana itu bererti bahasa ini tidak punya hubungan yang dapat dibuktikan dengan bahasa lain.Mereka yang mengunakan bahasa ini pada umumnya hanya “satu”.Di dalam,suatu kajian  2008 menyimpulkan bahwa hanya ada seorang yg boleh ber bahasa ini dengan dengan fasih.

2. Kaixana

Kaixana adalah salah satu dari banyak bahasa yang telah pupus.Bahasa ini pernah menjadi bahasa suatu desa dekat Sungai Japura,yang terletak di Brazil.Dari masa ke smasa,Penetapan Bahasa Portugis mengambil alih bahasa di area itu.Dahulu,hampir 200 orang dapat berbicara bahasa tersebut.Tetapi,suatu kajian pada tahun 2006 menunjukkan bahwa hanya seseorang masih berbicara Kaixana.

3. Lemerig

digunakan di Vanuatu,suatu pulau di selatan Lautan Pasifik sekitar 1,000 mile ke timur Australia,Austria utara,bahasa ini digunakan juga di Vanua Lava Island.Hanya ada 2 orang yang menguasai bahasa ini. Lemerig terdiri dari suku empat berbagai dialek berbeza.

4. Chemehuevi

Chemehuevi,sebelah utara Uto-Aztecan,Numic,Bahasa Selatan yang sebagian besar berbicara dalam midwest USA seperti halnya pada western coast.Anda dapat mendengar bahasa ini di Ute,Colorado,Selatan Paiute,Utah,Arizona utara,Selatan bagian dari Nevada dan di daerah Sungai Colorado,California.Suku bangsa Chemehuevi masih ada dan sedang meningkat,jumlah orang yang berbicara bahasa hanya 3 orang yang kesemuanya adalah orang dewasa.

5.Njerep

Njerep adalah suatu Bahasa Bantoid di Nigeria.Bahasa ini pernah menjadi bahasa cameroon tetapi itu tidak lama.Sekarang bahasa paling umum dipakai dekat Mambila adalah 'itu'.Hari ini,bahasa tersebut telah digantikan oleh bahasa Mambila seperti Ba Dan Mvop.Menurut suatu kajian pada tahun 2007 hanya ada 4 orang yang masih berbicara Njerep,maka dalam beberapa berabad-abad bahasa inimungkin akan hilang.

6.Tanema

Di pulau Solomon,Bahasa Tanema pernah digunakan di suatu tempat Pulau Vanikolo,daerah Temotu dan di Desa Emua.Tercatat,hanya 4 orang yang menggunakan bahasa ini.Tanema adalah Austronesian Seperti halnya Melayu-Polinesia,Central-Eastern dan Oceanic.Banyak dari mereka yang ketika berbicara Tanema sudah mahir dan sudah memulai untuk berbicara baik bahasa Pijin mahupun bahasa Teanu,Kedua-duanya adalah bahasa yang sangat popular di dalam daerah itu.

7.Liki

Liki adalah suatu bahasa yang digunakan dalam percakapan mulai dari pantai Sarmi utara,daerah Jayapura,pulau dekat Indonesia.Pada tahun 2007,suatu kajian menunjukkan bahwa hanya 5 orang yang menggunakan bahasa itu.Di masa lalu,bahasa ini merupakan bahasa percakapan untuk pejabat gereja di daerah itu.Bahasa ini tidak hanya mempunyai satu asal,kerana itu bahasa ini dikatakan Austronesian,Melayu-Polinesia,Central-Eastern,Ketimuran Guinea Melayu-Polinesia,Oceanic,Western Oceanic,North New Guinea,Sarmi-Jayapura Bay dan Sarmi.

 8.Ongota

Dalam tahun 2008,hanya ada 6 penutur asli yang mengetahui dan menggunakan bahasa Ongota,kesemuanya adalah orang-orang tua.Ini membuat bahasa Ongota pupus.Bagaimanapun,tidak sama dengan kebanyakan bahasa yang sedang menghilang,ada suatu profesor pada Addis Ababa University di Etiopia yang belajar Ongota.Dia menyimpulkan bahwa bahasa ini mengikuti suatu struktur pokok,objek dan katakerja.Ongota disebut suatu Bahasa Afro-Asiatic.

9.Dumi

Dumi,suatu bahasa Negera Nepal pada umumnya digunakan dalam percakapan di daerah dekat Tap and Rava Rivers.Yaitu di pergunungan Khotang District,yang terletak di Negera Nepal bagian timur.Bahasa Dumi merupakan suatu Bahasa Kiranti,Artinya bahwa bahasa ini merupakan bagian dari Bahasa Keluarga Tibeto-Burman.Dengan hanya 8 orang-orang yang menggunakan bahasa ini pada tahun 2007,bahasa ini dianggap sebagai pupus membahayakan.Maklumat tentang Bahasa Dumi telah dikumpulkan dan di sana ada suatu kamus yang tersedia.Ada juga banyak buku menulis tentang bahasa Dumi yaitu tentang "the language’s grammar and syntax".

10.Chamicuro

Sepanjang sejarah,di dunia,hanya ada 8 orang yang berbahasa Chamicuro, menurut suatu kajian pada tahun 2008.Bahasa ini kebanyakan dipakai untuk percakapan di Negara Peru dan dianggap sebagai bahasa yang pupus,kebanyakan orang yang berbicara bahasa chamuciro adalah orang yang sudah tua.Tidak ada kanak-kanak yang berbicara Chamicuro sebab mereka menyesuaikan diri dengan bahasa Spanyol.Bagaimanapun,mereka yang berbicara bahasa chamicuro boleh membuat suatu kamus dari terminologi mereka.contoh bahasa chamicuro:waka (lembu),katujkana(monyet).

Semut Yang Berubah Warna Dari Apa Yang di Makan



Seorang saintis, Mohamed Babu, 53, datang ilham untuk mengambil gambar-gambar ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan kepada beliau beberapa ekor semut telah berubah menjadi putih selepas minum susu yang tertumpah.

© Mohamed Babu/ Solent News
Dr Babu dari Mysore, Selatan India, memberikan makhluk itu titisan-titisan gula yang berwarna terang dan melihat perut telus mereka sama warna dengan makanan yang mereka makan. Sesetengah semut merayau dari satu warna ke warna yang lain, mewujudkan kombinasi warna baru dalam badan mereka.

Beliau mencampur gula dengan warna-warna yang boleh dimakan seperti merah, hijau, biru dan kuning dan meletakkan mereka di taman untuk menarik serangga tersebut.

© Mohamed Babu/ Solent News
Dengan meletakkan mereka pada bekas parafin, titisan itu mengekalkan bentuk mereka apabila disentuh oleh semut. Dia mendapati semut lebih suka warna yang lebih ringan seperti kuning dan hijau.

~comeiiiinyer.. :) ~Anissumber: Unikversiti
© Mohamed Babu/ Solent News

Tips Untuk Pesakit Gastrik


-makan sikit tapi kerap supaya perut tak kosong (bukan dalam bulan puasa)

-jgn skip makan

- elak minuman berkafein masa bukak puasa (teh,kopi,nescafe) utk elak perut 'terkejut' dan merangsang saraf supaya mengaktifkan penghasilan jus gaster yang berlebihan

- dptkan ubat gastrik dri doktor jika perlu

-Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.

-Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan

- ubat gastrik biasanya dose die 2kali sehari..dgn tu boleh dimakan masa sahur dan berbuka..ubat ini fungsinya akan kurangkan keasidan perut

- kalau anda seorang pengambil ubat2 lain sperti aspirin,NSAIDs dan pil2 penahan sakit,pastikan makan mase perut ade makanan ..jgn mase perut kosong..sbb bile makan mase perut ksong,asid akan keluar tuk hadamkan ubat tu...asid yg berlebihan akan hakis dinding perut.(kecuali jika diarahkan makan mase perut kosong)

-Elakkan makan yang bleh buat perut meragam seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.

-Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.

- elak mulakan makanan berat smasa berbuka.Berbuka secara ringan.Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak  "terkejut"  Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.

-gastrik yang dibiarkan tanpa rawatan boleh berubah kepada ulser.

Jika masih tidak diberikan rawatan ia mungkin menjadi kanser, tetapi kes ini mmg jarang berlaku..tp xmustahil terjadi..so kene beringat..dpt rawatan kalau gastrik..dgn cpt k..

-elak stress!!

Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan.so,risiko tuk dpt gastrik lebih tggi. risiko serangan jantung dan strok pon boleh meningkat kalau stress berpanjangan, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit.

- tips perlu diingat :

 1) gastrik ni ialah gangguan yang mudah diatasi, dengan syarat pesakit didiagnos dengan betul dan mendapat rawatan sepatutnya dan die tau mcm mane nk uruskan sakitnya

 2) Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada bulan puasa kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun (mksudnye,masa puasa,perut kosong,xde mknn kan, so, asid perut tu xkn keluar dgn byk dan hakis perut yg kosong,asid ni hya akan keluar terutamanya bila ade makanan dlm perut dan sbb2 yg sy ckpkan..mcm stress tdi cthnya).so,sebenarnya,puasa la yg boleh kawal gastrik kite dari menjadi teruk.

Kesan Tidur Yang Tidak Seimbang


Bangun tidur kesiangan
Jam berapa anda bangun tiap hari? Habis subuh?Berhati-hatilah, bangun tidur yang tidak teratur akan mengakibatkan efek negatif bagi kesehatan. Berikut alasannya..
1. Masalah metabolisme
Jika Anda tidur terlalu lama, tubuh tidak akan berfungsi sesuai ritmenya. Anda akan merasa lapar dalam jangka waktu lama dan hal ini mempengaruhi kecepatan metabolisme. Hal ini akan membuat bobot tubuh meningkat.

2. Lesu
Tidur berlebihan akan membuat Anda merasa lesu karena metabolisme Anda masih bekerja dalam set malam hari. Tubuh membutuhkan waktu lebih lama untuk memulai sistem dan tidak dapat berfungsi normal. Jika Anda benar-benar ingin tidur sedikit lebih lama, usahakan jangan lebih dari tiga puluh menit.

3. Kehilangan waktu produktif
Para ahli menganggap pagi hari adalah waktu paling produktif karena pikiran Anda masih segar. Jika Anda tidur terlalu lama maka akan akhirnya kehilangan banyak waktu produktif dalam sehari. Sehingga, Anda harus menyelesaikan pekerjaan sampai larut malam dengan terburu-buru.

4. Disorientasi
Tidur terlalu lama membuat Anda sulit berkonsentrasi dalam waktu lama. Kecuali, setelah bangun tidur Anda langsung berolahraga. Lalu, karena metabolisme tidak bisa berhenti otak akan membuat Anda merasa lapar.

5. Sakit kepala
Cairan serebrospinal bergerak ke otak ketika Anda tidur terlalu lama. Kondisi ini, jika berlangsung dalam waktu lama dapat menyebabkan sakit kepala parah dan bahkan menyebabkan kebutaan. Jadi, pikirkan lagi jika Anda ingin tidur lebih lama.

sumber maklumat : http://malay.uptomu.net/

Kenali Simbol Syaitan : The Face Of Freemansonry


Isyarat Syaitan yang bermaksud " I Love U, Satan"



Di dalam buku CODEX MAGICA susunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” seperti gambar di atas ini. Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOL yang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaitu Helen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”.

Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yang UNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan “AKU CINTA KAMU”. Namun begitu, hasil analisa Texe Marrs di dalam buku Codex Magica yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaan kepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.

Walaupun Hellen Keller dikenali sebagai penyumbang besar kepada terciptanya bahasa isyarat tangan bagi orang bisu dan pekak tetapi latar belakangnya banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan tentang tujuannya. Para penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat “I love U” yang dicipta oleh Hellen sebenarnya adalah adaptasi dari isyarat yang berunsurkan kesyaitanan. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada satu kenyataan beliau di dalam bukunya yang bertajuk ‘Light in My Darkness’ yang diterbitkan pada 1927.

Dalam buku tersebut beliau amat mengkagumi pandangan-pandangan “Emanuel Swedenborg” di mana falsafah Swedenborg telah dijadikan pegangan untuk mencapai visi hidupnya. Beliau merupakan seorang ahli akademik dari Sweden yang amat meminati amalan-amalan mistik dan kerohanian yang bercorak kefalsafahan agama. Di kalangan ahli-ahli sejarah, Emanuel diakui seorang yang amat fanatik dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan kesyaitanan.

Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Muzik

Syaitan mengayakan 'I Love U'

Jika diamati pada kulit album OzzFest yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Ozzy Osborne jelas menunjukkan gambar syaitan sedang memberikan isyarat ‘I Love U’ ciptaan Helen Keller. Manakala pada kulit album Holy Diver yang dinyanyikan oleh DIO menunjukkan seekor syaitan membuat simbol TANDUK SYAITAN ketika memukul seorang paderi yang jatuh di dalam laut. Namun begitu, syukur kepada Allah S.W.T di Malaysia isyarat Tanduk Syaitan hanya popular di kalangan peminat muzik Rock dan tidak diamalkan oleh orang-oran awam mahu pun golongan pentadbir atau ahli politik.

Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Filem

Syaitan memukul paderi sambil mengayakan simbol Tanduk Syaitan

Siri kartun popular yang difelemkan iaitu Spiderman juga mempamerkan simbol TANDUK SYAITAN di dalam lagak aksi-aksinya. Watak adiwira yang dicipta oleh Stanley Martin Lieber atau lebih dikenali sebagai Stanley Lee ini mula bertapak di persada antarabangsa pada 1962. Beliau merupakan seorang berbangsa Yahudi.
Oleh itu, sudah pastilah beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menerapkan simbol-simbol yang bersifat KEYAHUDIAN dalam kartunnya. Apabila watak hero komik ini dibaca dan ditonton oleh kanak-kanak maka sudah tentulah segala perilaku aksi watak tersebut mudah sahaja ditiru oleh mereka.


Tapi sayang, masyarakat dunia umumnya dan orang Islam khususnya dibuai dengan dogengan adiwira ciptaan YAHUDI yang hanya memikirkan bagaimana untuk mengoyahkan keimanan dan ketauhidan dalam jiwa kita. Adakah kita rela pada suatu hari kelak, anak-anak kita meniru simbol atau tingkah laku adiwira sama ada secara sedar atau di bawah sedar? Tepuk dada, tanyalah hati….








 

Pulau Komodo : Habitat Terbesar Biawak di Dunia


Pulau Komodo adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Nusa Tenggara. Pulau Komodo dikenali sebagai habitat asli haiwan biawak komodo. Pulau ini juga merupakan kawasan Taman Nasional Komodo yang dikendalikan oleh Kerajaan Pusat Indonesia. Pulau Komodo berada di sebelah barat Pulau Sumbawa, yang dipisahkan oleh Selat Sape.

Secara pentadbirannya, pulau ini berada dalam wilayah Kecamatan Komodo, Kabupaten Manggarai Barat, Provinsi Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Pulau Komodo merupakan kawasan yang paling barat bagi Provinsi Nusa Tenggara Timur, bersempadanan dengan Provinsi Nusa Tenggara Barat.


Di Pulau Komodo, Biawak komodo hidup dan berkembang biak dengan baik. Hingga Ogos 2009, di pulau ini terdapat sekitar 1300 ekor biawak komodo. Ditambah dengan pulau lain, seperti Pulau Rinca dan dan Kuala Motang, jumlah mereka keseluruhannya mencapai sekitar 2500 ekor. Ada pula sekitar 100 ekor biawak komodo di Cagar Alam Wae Wuul di daratan Pulau Flores tapi tidak termasuk wilayah Taman Nasional Komodo.

Selain biawak komodo, pulau ini juga menyimpan eksotisme flora dengan pelbagai kayu sepang yang digunakan oleh warga sekitar sebagai ubat dan bahan pewarna pakaian. Pokok ini dikenali sebagai Sterculia oblongata dan diyakini mampu menjadi ubat.


Sejarah

Pada tahun 1910 orang Belanda menamakan pulau di sisi selatan Provinsi NusaTenggara Timur ini dengan gelaran Pulau Komodo. Cerita ini bermula daripada Leftenan Steyn van Hens Broek yang cuba membuktikan laporan pasukan Belanda tentang adanya haiwan besar menyerupai naga di pulau tersebut. Steyn lantas membunuh seekor komodo tersebut dan membawanya untuk didokumentarikan ke Muzium and Botanical Garden di Kuala Lumpur. Penelitian itu kemudiannya di bawa kepada Peter A. Ouwens iaitu Pengarah Zoological Museum and Botanical Gardens Bogor, Jawa. Inilah dokumentari atau kajian khusus yang pertama dilakukan terhadap biawak komodo.

Ouwens tertarik dengan penemuan haiwan aneh tersebut. Dia kemudiannya menghantar seorang pemburu  untuk menangkap beberapa spesimen untuknya. Pemburu berkenaan berjaya membunuh dua ekor biawak komodo yang berukuran 3.1 meter dan 3.35 meter serta menangkap dua ekor anaknya, masing-masing berukuran di bawah satu meter. Berdasarkan tangkapan ini, Ouwens melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan bahawa komodo bukanlah haiwan naga penyembur api, melainkan ia hanyalah termasuk spesis cicak monitor (monitor lizard) di dalam kelas reptilia. Hasil penelitian ini kemudiannya diterbitkan pada akhbar terbitan tahun 1912. Dalam pemberitaan itu, Ouwens memberikan nasihat agar dinamakan cicak raksasa itu sebagai Varanuskomodoensis bagi menggantikan jolokan sebelumnya iaitu "Komodo Dragon" (Naga Komodo).

Tahun 2009, Taman Nasional Komodo dinobatkan menjadi finalis "New SevenWonders of Nature" yang baru diumumkan pada tahun 2010 melalui voting secara online di www.N7W.com.

Biawak Komodo adalah haiwan asli Kepulauan Flores, Nusa Tenggara. Pulau yang paling banyak didiami komodo ini telah diberi nama yang bersesuaian dengan nama haiwan ini apabila ditemui pada 1910, yakni Pulau Komodo (Komodo Island).


Cicak-cicak raksasa ini termasuk haiwan yang hampir pupus dengan jumlahnya di alam liar kurang daripada 4.000 ekor. Untuk melindungi biawak komodo, pada 1980, telah disepakati untuk membentuk kawasan pemuliharaan dalam bentuk Taman Nasional Komodo di Pulau Komodo dan pulau-pulau kecil di sekitarnya.

Pembiakan dan populasi biawak komodo dalam tiga dekad terakhir ini semakin menurun dan kewujudannya semakin terancam, terutama akibat kegiatan perburuan rusa, sebagai makanan utamanya. Bahkan biawak komodo di Pulau Padar diketahui telah pupus sejak akhir tahun 1990-an, padahal pada awal tahun 1980-an, komodo masih lagi boleh dijumpai di sana. Perhatian dan usaha pemuliharaan spesies ini perlu diberikan secara khusus, kerana populasi biawak komodo sekarang berada diambang kepupusan.


Bagi sebahagian penduduk di Pulau Komodo, haiwan ini dianggap lebih berbahaya terhadap manusia daripada buaya, kerana kandungan bakteria pada air liurnya yang boleh menyebabkan jangkitan bahaya. Biasanya, musim mengawan biawak komodo terjadi antara Jun-Julai. Pada bulan Ogos, biawak komodo betina akan menggali sarang berupa gundukan bekas sarang burung Gosong (Megapodiusreindwardt) di bukit dan juga lubang² sarang di tanah untuk menyimpan telurnya yang boleh mencapai 38 biji setiap seekor. Telur biawak komodo biasanya dijaga oleh induknya, namun anak yang baru lahir pada bulan Februari atau Mac tidak pula dijaga malah sering dimakan.

Biawak Komodo memerlukan lima tahun untuk menjadi dewasa sehingga ukurannya mencapai dua meter dan dapat terus hidup sehingga 30 tahun lamanya. Namun apabila memasuki usia 4-5 tahun adalah masa awal kematangan biawak komodo secara seksual.