Minggu, 14 Juli 2013

GRO sembunyi bawah katil

JOHOR BAHRU - Seramai 12 wanita warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Johor dalam serbuan Ops Sayang di sebuah premis di Taman Nusa Bestari, di sini, semalam
.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Khairulanuar Abu Bakar berkata, semua wanita yang ditahan berusia antara 18 hingga 41 tahun.

Salah seorang wanita warga asing yang cuba bersembunyi di bawah katil.

Menurutnya, sembilan daripada jumlah keseluruhan yang ditahan merupakan warga Thailand, manakala selebihnya berasal dari Laos, Vietnam dan China.

“Bertindak atas maklumat, seramai 15 anggota melakukan serbuan di premis terbabit yang dipercayai menawarkan aktiviti urut dan pelacuran.

“Ketika serbuan, terdapat wanita warga asing ini cuba untuk melarikan diri malah ada yang bersembunyi di bawah katil, namun berjaya ditahan. Difahamkan, kadar urutan biasa dikenakan RM68, manakala pakej pula adalah RM168,” katanya, di sini, semalam.

Khairulanuar berkata, wanita warga asing terbabit ditahan di bawah Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang menjaga premis kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

“Mereka turut disiasat di bawah Akta Atipsom 2007. Wanita warga asing ini dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar