Sebuah kisah yang amat jarang kita dengar apabila terdapat seorang lelaki di Kota Xianyang China membeli sebuah kereta dengan menggunakan duit syiling seberat 300kg. Dia membawa duit syiling sebanyak 60 ribu Yuan ke sebuah pusat penjualan kereta yang terletak di Provinsi Shaanxi, China.
Seorang lelaki nekad membeli sebuah kereta baru dengan menggunakan duitnya sendiri. Namun sedikit pelik apabila dia melakukan pembayaran secara tunai dengan 7 karung wang berisi duit syiling.
Lelaki itu merupakan seorang peniaga tepung,Dia mengangkut duit syilingnya itu yang dikumpul dalam 7 karung tepung itu dengan menggunakan kereta untuk sampai ke pusat jualan kereta itu.Dealer kereta yang bekerja di pusat penjualan kereta itu menghadapi kesukaran untuk mencari bank yang menerima duit syiling,namun begitu akhirnya ada satu bank yang menerima duit syiling lelaki tersebut.
Lelaki itu tidak dapat membawa pulang kereta idamannya pada hari itu kerana pihak bank masih mengira semua duit syilingnya itu yang telah dikumpulnya selama 10tahun dari hasil penjualan tepung.
P/S : Korang rasa perbuatan ini rare atau apa? Sila komen dibawah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar