Sabtu, 14 April 2012

Teresek Jantung Pisang


 
 
Ini adalah masakan kedua yang cheq sue bawak pada potluck semalam
Kebetulan ada banyak jantung pisang, rezeki kawan2 boleh makan 
Nak buat teresek ni ada macam2 versi
Yang cheq sue ni versi suka hati aje
Cheq sue pernah tgk orang letak budu kat dalamnya
Kerisik pun boleh masukkan
Terpulanglah pada citarasa masing-masing
Mmmmm, xleh nak cakap banyak ni, nak ke hospital nengok anak member
Nanti balik kita jumpa eh..
Wassalam...
 


 
TERESEK JANTUNG PISANG
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
 
2 biji jantung pisang 
* dihiris dan celur sekejap. Masukkan sedikit minyak masak semasa mencelur. Toskan air
2 ekor rangka ayam @ boleh guna bahagian isi - potong kecil
 Kacang panjang @ buncis - potong serong
Cili merah @ cili kampung @ lada solok kelantan 4 biji - hiris serong

5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 sk ketumbar - sangai
Sehiris lengkuas & kunyit hidup
5 biji cili kering
Serbuk kari 
 * tumbuk lumat dan sebatikan

Santan dari 1 biji kelapa - sederhana pekat (kalau suka berkuah boleh lebihkan)
Garam, gula, nissan, asam jawa
Minyak masak
 
 
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi dan garing
Masukkan rangka ayam yang telah dipotong kecil. Masak hingga ayam empuk
Masukkan jantung pisang yang telah direbus, gaul hingga mesra dengan rempah dan ayam. Tambahkan juga sedikit nissan dan asam jawa
Setelah berapa ketika, masukkan santan, kacang dan cili
Perasakan dengan garam dan gula
Masak hingga mendidih dan pecah minyak
Bila nampak kuah dah pekat bolehlah diangkat

Nota :
Selalunya bila dah sejuk teresek ni akan kurang kuahnya sebab diserap oleh jantung pisang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar