Sumber : Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi
Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm
(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
(B) - Bahagian Atas
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)
(C) - Lapisan Kek
140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak msk
2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar
Cara-cara :
Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye..
Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar