Sesungguhnya memang dah jatuh cinta dengan tempoyak. Bila nengok ke Izah postkan n3 pasal sambal ikan bilis tempoyak, memang dah niat nak cuba. Dah kompom leh makan. Memang tergoda abes nengok sambal tu posing atas nasik. Semua bahan-bahan dah ada kat rumah. Tempoyak kiriman ibunda dah berapa lama terperap lam peti ais. Tapi balik tu banyak pulak urusan dunia yang nak diselesaikan. Ke Tanah Rata, pi worksyop cari bateri kereta. Sudahnya malam baru masak dan jadilah bekal pada hari ini.
IKAN BILIS GORENG CILI PADI TEMPOYAK
Resepi : Kak Anymz
Bahan2
2 genggam ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
25 ulas cili padi*
1 labu kecil bawang besar*
1 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
1 1/2 senduk makan tempoyak
minyak untuk menggoreng
Cara
Kurangkan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi menjadi lebih kurang 1 mangkuk kecil
Tumiskan bahan2 kisar sebentar dan masukkan tempoyak.
Gaul sebati dan masukkan ikan bilis goreng
Sedia untuk di hidangkan dan jika suka bolehlah di perah sedikit limau kasturi..
*nota izah: izah sengetkan kuali selepas memasaknya, tutup api, biarkan minyak turun. Biarkan 5 minit. Kemudian cedukkan minyak keluar.
*Izah kurangkan cili padinya. Karang berdesing telinga kepedasan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar