Selasa, 06 Desember 2011

Ayam Pulut Kukus @ Loh Mai Kai

 
 
Ayam pulut kukus, kedengaran agak pelik. Sebelum ni x pernah makan pulut yang 'sebegini'. Selalunya makan dengan kelapa, bergandingan dengan bubur atau cendol. Tapi bila dimasak ala claypot ni macam pelik aje. Sungguh...memang sedikit 'darat' pada tekak Melayu cheq sue nih. Apapun pulut ni memang sedap dan lembut aje. Kalau dimakan selalu gerenti dapat kulit cantik dan gebu macam Kak Diana...
 
Sebenarnya masakan ni adalah sejenis chinese food. Menurut Kak Ros, ianya dipanggil LOH MAI KAI. Cuma bila cheq sue tgk, ada la sedikit perbezaan dari segi penyediaannya tu jika dibandingkan dengan cara Kak Diana ni. Ewah ewah ewah... Sekarang ni bukan main ye, sekejap menu western, sekejap chinese food, bila dah boring pekena pulak kampung style. 


Untuk pulut ni cheq sue buat sikit aje, dalam 1/3 cawan pulut dan 5 ketul ayam + leher. Memang cukup2 la makan sekali habis. Cheq sue ikut aje cara kak diana tu dan dikukus dalam caserol pot dan ramekin. Ingat nak masukkan aje dalam pot tu tapi takut pulut tak sempat kembang pulak. Cuma yang cheq sue buat ni sedikit terhitam, agaknya tersurah banyak sikit kicapnya. Lagipun cheq sue guna kicap biasa aje.
 

Mmmm, arini adalah hari terakhir untuk mengawas peperiksaan SPM. Bagi kebanyakan sekolah yang tiada calon pelajar Cina dan India, ramai yang telah merdeka. Selepas pukul 1 ni, giliran cikgunya pulak yang merdeka. Ehhhh...korang bila lagi nak cuba pulut ni. Rugi wooooo kalau tak cuba... Jangan nak mintak yang cheq sue punya ni pulak, semua dah selamat di hadam okay... Jumpa petang nanti eh. Wassalam...
  
AYAM PULUT KUKUS

Bahan – bahan :
1 keping peha ayam _ d potong kecil
1 cawan beras pulut _ d cuci dan toskan
2 keping cendawan shitake kering _ d rendam dalam air panas dan d hiris nipis
1 keping black fungus kering / cendawan telinga kera _ rendam dalam air panas dan  hiris halus x masukkan
2 inci halia _ d bersihkan dan d tumbuk kasar bersama kulitnya.
3 ulas bawang putih _ d cincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit Garam

Bahan-bahan A :
2 tbsp sos tiram Maggi
1 tbsp kicap cair Loon Kee
3 1/2 tbsp minyak bijan
1 tsp perencah pati ayam Tumix
1/3 cawan air

Cara-cara :
Gaul ayam bersama secubit garam dan serbuk lada putih.. Ketepikan.
Panaskan minyak bijan d dalam kuali dan tumis bawang putih bersama halia hingga garing.
Masukkan kedua² jenis cendawan dan goreng seketika.
Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.. Goreng 1-2 minit.
Tambahkan bhn² A dan biar sehingga ayam suku masak.
Kecilkan api dan masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata.
Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai
( Diana kukus selama 45 minit menggunakan pengukus elektrik ). cheq sue kukus biasa aje, dalam 1 jam
Boleh kukus menggunakan dapur biasa yer ( lamanya mengukus bergantung kepada kekuatan api tersebut )..  Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar