Kamis, 07 Juni 2012

Kek Sifon Coklat (DTS) Untuk Besday Adam


 
 
Salam Jumaat semua kawan-kawan kesayangan cheq sue. Kabare??? Aduhai, segan rasanya bila sesekali keluar n3. Ada 2 3 jugak dok tunggu nak post tapi tenet ni buat hal pulak dahhhh.  Letih sungguh bila tenet @ lappy buat pasal. Kita dah la buta IT, kalau ape2 kang masalah nak merepairnya. Apa citer hangat kat blogger ni ya? Mesti dah banyak yang cheq sue tertinggal.... ^.^

Kek sifon ni cheq sue buat untuk besday anak buah, Adam Zikri yang ke lapan. Kalau cuti bulan 6 ni memang untung la dia sebab kek bolot sensorang manakala 3 beradiknya yang lain share 1 kek.. Oleh sebab tak banyak alat2 cheq sue bawak balik, si comot ni aje la yang dapat dibuat. Dah lama jugak nak try kek sifon ni, cadangnya nak buat kalau ada oder kek coklat. Cuma bila buat ni bahagian tepi keliling kek tu memendak ke tengah masa tengah sejukkan walaupun cheq sue xde lenser loyang tu dengan butter. Mungki ada la tu silap kat mana-mana. Keknya menjadi, lembut dan gebu cuma tang penyek tu sikit ajelah. 

 
Mmmmm kalau tengok kek ni memang sememeh sikit. Resepi ganache ni x ikut pun, main curah aje. Pastu cheq sue guna choc milk compaund dan whip cream, manakala aisingnya tu guna whip cream biasa je dengan serbuk koko. Kalau tengok betul2 ada 2 3 tempat dah kena colek ngan jari2 yang tak sabar nak rasa. Haishhh...
 
 
 Ini pulak bahagian dalamnya yang nyata memang hancusssss. He he he. Sungguhpun begitu rasanya tidak la sehancus mana, memang sedap lah pada tekak cheq sue. Tambah-tambah kalau makan time sejuk, phewww. Ala-ala indulgance yang tak jadi gitew. 

 
Tuan punya kek...yang sangat notty. Sila abaikan rumah yang bersepah tu ya. Wassalam...

Note : Resepi akan diupload dan dilink kemudian. Intenet tak mengizinkan ^x^


Stylish Thankyou

Tidak ada komentar:

Posting Komentar