Sabtu, 07 April 2012

Secara Rasminya... AKU BUKAN CHEF


 
 
 
 
Sepanjang berblog, dah berapa kali rasanya cheq sue menukar watermark dan header
Semuanya berdasarkan perasaan suka mencuba dan membuatnya sendiri
Kebanyakan header / watermark adalah hasil godekan cheq sue di CS2 ataupun photoshop
Sebenarnya sangat jeles dengan blogger lain yang mempunyai watermark @ header mahupun background yang cantik2 belaka
Tapi xpelah, dengan usaha sendiri cheq sue sangat berbangga dengan apa yang ada di blog ini
Namun
Sukacita ingin dikongsikan di sini bahawa blog kesayangan cheq sue ni
Kalau dulu dikenali sebagai Ila_Cheq Sue
Tapi cheq sue dah ambil keputusan untuk menamakannya semula sebagai
 
'AKU BUKAN CHEF'
 
Bertepatan dengan blog ni yang banyak menampilkan hasil-hasil masakan
Walaupun hanya masakan yang biasa-biasa saja
Cukuplah sumbangannya pada mereka yang baru berjinak di alam dapur
Mahupun orang2 lelaki yang mahu cuba memasak
Semoga dengan adanya blog AKU BUKAN CHEF ini akan lebih memajukan lagi diri cheq sue
Sebagai seorang wanita berkerjaya yang tidak pernah lupa tugasnya di dapur
^_^
Wassalam...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar